PN kalah di PRK Ayer Kuning sebab angkuh, strategi ‘tak cerdik’ -Presiden PUTRA

LocalPolitics
27 Apr 2025 • 12:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kekalahan Perikatan Nasional (PN) di PRK Ayer Kuning berpunca daripada sikap angkuh dan strategi ‘tidak cerdik’ yang dimainkan.

PN kalah PRK Ayer Kuning sebab pemimpin PN gagal…

Memetik laporan dari Malaysiakini, Datuk Ibrahim atau Tok Him menyifatkan pemimpin PN gagal mendapatkan maklum balas yang sepatutnya daripada pihak berkepentingan.

Kesombongan pemimpin-pemimpin PN untuk mendapat maklum balas dari segi strategi dan isu dari pihak-pihak pemegang taruh langsung tidak diberi perhatian dan sombong,katanya.

image is not available

PN cuma boleh bermimpi kuasai kerajaan jika tak berubah lepas PRK Ayer Kuning

Beliau juga menambah bahawa jika perkara ini berterusan, gabungan itu hanya akan terus bermimpi untuk menguasai kerajaan.

Kalau terus begini selesalah PH dan BN khususnya Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) menghadapi PRU ke-16. Hiduplah PN dengan mimpi di siang hari,katanya.

Balik2 mainkan isu sama

Beliau turut mengkritik pendekatan PN yang terlalu menumpukan kepada isu sentimen seperti ‘UmDap’ dan ladang babi, tanpa memahami perubahan generasi pengundi hari ini.

Namun isu UmDap dan babi jadi isu utama, strategi bodoh dan bangang. Permainan politik sentimen sahaja sudah ketingalan zaman kerana anak muda generasi sekarang dan zaman AI (kecerdasan buatan),katanya lagi.

image is not available

Ibrahim juga menjelaskan bahawa tindakan itu tidak membantu, malah memberi kelebihan percuma kepada pihak lawan.

Mana tidaknya, sentimen yang dimainkan PN sudah tentu membuatkan pengundi Cina tidak tertarik kepada mereka.

Dakwa ada faktor politkk wang?

Beliau juga mendakwa peranan agensi kerajaan dan faktor politik wang menyebabkan sebahagian kecil undi Melayu lari.

Jika lari pun sekitar 20 hingga 30 peratus ini disebabkan cengkaman mainan politik wang dan peranan agensi-agensi kerajaan yang orang Melayu B40 termasuk ibu tunggal, orang tua miskin yang tidak boleh berpisah dengan parti politik yang menguasai kerajaan ketika PRK diadakan,jelasnya.

image is not available

Patut gunakan isu yang lebih relevan untuk berkempen

Dalam pada itu, Tok Him berpendapat PN sepatutnya menumpukan kepada isu kos sara hidup yang lebih relevan kepada semua kaum.

Harga barang-barang naik, isu beras tempatan hilang dan Kerajaan Madani lebih retorik, pembohong dan gagal tunai janji sejak tertubuhnya kerajaan Perpaduan Madani yang indah khabar dari rupa, katanya.

Dalam PRK Ayer Kuning semalam, calon BN, Mohamad Yusri berjaya mempertahankan kerusi DUN dengan majoriti 5,006 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).