PN Kuasai 19 Kerusi Di Terengganu, Bentuk Kerajaan Negeri 

Politics
12 Aug 2023 • 9:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perikatan Nasional kekal menguasai Terengganu apabila memenangi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri kali ini. gambar fail

KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) kekal menguasai Terengganu apabila memenangi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

Kemenangan tersebut membolehkan gabungan tersebut membentuk kerajaan negeri buat kali kedua, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Pengumuman mengenai kemenangan itu dibuat Pengerusi Penerangan PAS Terengganu, Naraza Muda di Rusila, sebentar tadi. 

Antara kerusi DUN yang telah dimenangi gabungan berkenaan ialah Jabi dengan majoriti 4,678 undi, Tepuh (10,890), Buluh Gading (10,858) dan Bukit Tunggal (10,961). 

Kerusi lain ialah Bukit Payung (10,961), Telemong (295), Manir (11,260), Kuala Berang (5,917), Ajil (6,286), Rantau Abang( 12,922), Kemasik (6,505) dan Cukai (8,106). - Getaran, 12 Ogos 2023 

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved