PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 9:11 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai anggota baharu gabungan itu.

Pengerusi PN Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam tadi.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata PN akan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.

“Satu mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan esok, yang bakal dipengerusikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya PN.

“Insya-Allah akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai untuk hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian. - 23 Jun, 2026

The post PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved