PN mendahului PRK Sungai Bakap setakat 7.30 malam

Politics
6 Jul 2024 • 7:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi di Sungai Bakap.

SUNGAI BAKAP - Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dilaporkan sedang mendahului calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 3,014 undi setakat jam 7.30 malam.

Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan carta kemas kini yang disediakan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat PKR.

Menurut carta itu, Abdin mendapat 12,165 undi manakala calon PH, Dr Joohari Ariffin mendapat 9,151 undi.

Setakat ini, baharu lapan peti undi dari tiga pusat mengundi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi di sini.

SPR dijangkakan akan mengumumkan keputusan PRK Sungai Bakap pada jam 9 malam nanti.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.