
GOMBAK: Ahmad Faizal Azumu menafikan spekulasi terdapat akuan bersumpah (SD) 126 Ahli Parlimen menyokong pembangkang untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Timbalan presiden Bersatu itu berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak membuat sebarang SD, sebaliknya akan terus beristiqamah untuk menjadi pembangkang berwibawa.
“Kita memang ada 74 (kerusi) dan kita istiqamah, kita perlu jalankan tanggungjawab sebagai pembangkang berwibawa dan itu yang akan teruskan,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Faizal berkata, PN sedang fokus mengekalkan kerajaan di Terengganu, Kelantan, Kedah dan mencari jalan untuk menawan Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan pada PRN akan datang.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Mengenai catatan “Sudah 126…jika benar, alhamdulillah” oleh Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman yang mencetuskan spekulasi, katanya: “Saya rasa dia tak ada cakap itu, awak boleh semak dengan dia balik. Sebenarnya itu bukan apa yang dia maksudkan.”
Rabu lalu, sumber memberitahu FMT, Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan berhubung Anwar hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini bertitah, baginda tidak berhasrat terlibat dalam politik dan menyeru ahli politik menerima keputusan PRU.
SD jadi PM?
Faizal turut menafikan wujud SD untuk melantik ketua pembangkang, Hamzah Zainudin sebagai perdana menteri baharu.
“Saya tak fikir begitu, saya percaya itu tidak berlaku. Kita dalam semangat Syawal hari ini, tak perlu fikir sangat. Mari fokus beri khidmat kepada rakyat, eratkan silaturahim dalam bulan Syawal, itu yang perlu kita buat.”
Sementara itu, Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali berkata, pertukaran kerajaan dan pimpinan pusat bukan perkara luar biasa kerana ia dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ia boleh berlaku jika sesebuah kerajaan itu dirombak atau tidak lagi memenuhi aspirasi rakyat.
“Inilah keluhan rakyat kali ini, apabila kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 tidak mampu selesaikan isu kos sara hidup dan ekonomi, mereka lebih banyak bercakap daripada bertindak dan seolah mereka terputus daripada realiti, situasi dan keluhan rakyat.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
