
SHAH ALAM – Bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit ”Perikatan Nasional (PN) Selangor menawarkan 7 tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran untuk rakyat Selangor.
Perkara itu terkandung dalam tawaran Perikatan Nasional (PN) Selangor kepada rakyat di negeri ini jika diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Tawaran PN Selangor itu dilancarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Tawaran PN di sebuah hotel di Shah Alam di sini pada malam Jumaat.
Manifesto PN Selangor yang dilancarkan merangkumi usaha PN kos sara hidup, masalah pekerjaan, integriti, pendidikan dan pendapatan rakyat merupakan antara yang terkandung dalam manifesto yang diumumkan bekas Perdana Menteri itu sebentar tadi.
AKAN MENYUSUL
