PN Telah Kemukakan SD Kepada Agong, Lebih 112 – Hamzah Zainudin

Politics
21 Nov 2022 • 2:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan rasmi hari ini.

“Parti Perikatan Nasional telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan YDPA memperkenankan supaya proses bagi semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagi membentuk kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehingga 2 petang esok.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Perikatan Nasional via Facebook