PN terus sokong Perdana Menteri demi kestabilan

Politics
8 Aug 2022 • 12:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SERDANG - Perikatan Nasional (PN) memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan politik negara, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. "Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad. Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). - Bernama