PN umum calon PRN di tiga negeri malam ini

Politics
26 Jul 2023 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PN dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRN di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang malam ini.

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRN) di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang malam ini.

Pengumuman calon PN Selangor akan diumumkan di Padang Awam MBPJ, Taman Medan, Pulau Pinang di Pejabat Pas Pulau Pinang manakala Kedah di Kompleks Pas Kedah.

Bagi pengumuman calon PN di Kelantan dan Terengganu pula masing-masing akan dibuat di Stadium Sultan Muhammad I, Kota Bahru dan Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang malam esok (27 Julai).

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, semua agihan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selesai dimuktamadkan sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved