PNB Umum Dividen ASB 4.60 Sen, 0.50 Sen Bonus Khas Untuk 30,000 Unit Pertama

Business & Finance
22 Dec 2022 • 1:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini (22 Disember) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 4.60 seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

PNB menerusi satu kenyataan media berkata, pengagihan pendapatan itu merangkumi 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.

PNB dalam masa sama turut mengumumkan bonus khas sebanyak 0.50 sen seunit terhad kepada 30,000 unit pertama.

Jumlah pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion kepada 10.6 juta pemegang saham ASB, sama seperti tahun lalu.

Menerusi kenyataan sama, pengagihan pendapatan juga dilihat mengatasi Pulangan Kadar Deposit Tetap sebanyak 283 mata asas.

image is not available

image is not available

I’m