Kini Panasonic Menggantung Urusan Perniagaan Dengan Huawei

23 May 2019 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya nasib malang Huawei masih belum berakhir lagi. Jika sebelum ini, semua syarikat yang menggantung urusan perniagaan dengan syarikat telekomunikasi China tersebut berasal dari Amerika Syarikat, nampaknya Panasonic adalah syarikat pertama dari luar negara tersebut yang dilihat akan melakukan perkara yang sama.

Panasonic baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menggantung semua urusan dengan Huawei dan 68 anak syarikatnya, seperti penjualan komponen elektronik dan sebagainya.

Menurut Panasonic, walaupun syarikat tersebut berasal dari Jepun, lebih daripada 25 peratus daripada rekaan dan pembangunan komponen elektronik mereka berasal dari Amerika Syarikat, dan menurut undang-undang yang baru dikeluarkan, komponen-komponen tersebut tertakluk dibawah arahan tersebut.

Selain daripada peranti pengguna, Panasonic juga ialah sebuah pembina yang membina komponen untuk pelbagai peralatan dan peranti elektronik.

Buat masa ini, Panasonic masih belum mengumumkan komponen-komponen apakah yang menyebabkan mereka untuk memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved