Pochettino enggan salahkan pasukan perubatan Chelsea

Football
23 Sep 2023 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pochettino

MAURICO Pochettino menegaskan jabatan perubatan Chelsea tidak boleh dipersalahkan atas deretan kecederaan pemain yang melanda pasukan itu dalam permulaan musim ini.

Krisis kecederaan Chelsea menyebabkan Pochettino hanya mempunyai 15 pemain utama yang cergas ketika mencatat keputusan seri menentang Bournemouth hujung minggu lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

The Blues tidak dapat membawa 12 pemain bintang yang cedera ketika menentang Bournemouth, memaksa Pochettino memasukkan tiga pemain berusia bawah 19 tahun yang tidak mempunyai pengalaman dalam pasukan utama di bangku simpanannya, serta dua penjaga gol.

Christopher Nkunku, Reece James, Romeo Lavia, Wesley Fofana, Carney Chukwuemeka, Trevoh Chalobah dan Moises Caicedo adalah antara pemain yang mengalami kecederaan.

Chelsea ketika ini berada di tangga ke-14 dengan satu kemenangan daripada lima perlawanan menjelang pertembungan Aston Villa Ahad ini.

"Sebelum kami tiba di sini, kami melakukan segala-galanya untuk mencari punca mengapa terdapat terlalu banyak kecederaan.

“Ia mengenai profil pemain, risiko pemain. Ia bukan orang yang bekerja di kakitangan perubatan.

“Saya fikir kita perlu menghormati bidang ini kerana di kelab meraka adalah profesional. Itulah sebabnya mereka bekerja dalam bola sepak. Tetapi terdapat risiko individu kepada pemain tertentu.

"Kemudian ada nasib malang. Kami mempunyai kecederaan yang mungkin berlaku dalam satu musim atau mungkin dalam dua, tetapi telah berlaku kepada Chelsea kerana situasi berbeza yang anda tidak boleh kawal," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved