Pochettino kemudi skuad bola sepak AS

WorldFootball
11 Sep 2024 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mauricio Pochettino - Foto: AFP

MAURICIO Pochettino telah dinamakan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), umum Persekutuan Bola Sepak AS pada Rabu.

Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai selepas kempen Copa America yang mengecewakan.

Pochettino adalah jurulatih berprofil tinggi yang mengendalikan AS dan warga asing pertama sejak pengendali dari Jerman Juergen Klinsmann, yang dipecat pada 2016.

Pochettino, 52, telah menganggur sejak meninggalkan Chelsea pada Mei selepas hanya semusim berkhidmat.

Tiada perincian mengenai tempoh kontrak diberikan oleh AS tetapi Pochettino akan mengetuai pasukan itu dalam Piala Dunia 2026 AS menjadi tuan rumah bersama Mexico dan Kanada.

"Mauricio mempunyai semangat yang mendalam untuk pembangunan pemain dan keupayaan terbukti untuk membina pasukan yang padu dan berdaya saing.

"Rekod prestasinya sudah membuktikan segalanya dan saya yakin bahawa dia adalah pilihan yang tepat untuk memanfaatkan potensi yang besar dalam skuad berbakat kami.

"Kami sangat teruja untuk mendapatkan Mauricio semasa kami memulakan perjalanan menarik ini untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa," kata Pengarah Sukan Bola Sepak AS, Matt Crocker.

Pochettino mempunyai rekod prestasi mempromosikan bakat muda di Southampton, Tottenham dan pasukan Sepanyol Espanyol pada awal karier pengurusannya.

Di Tottenham, Pochettino memainkan peranan penting dalam membentuk karier kapten England, Harry Kane dan dia membawa Spurs dalam kedudukan empat teratas selain turut membimbing mereka ke final Liga Juara-Juara pada 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved