
Poco C85 5G dilancarkan secara rasmi di India sebagai penawaran baharu selepas model 4G. Dari segi spesifikasi, kebanyakannya masih sama namun terdapat perubahan pada cip pemproses. Versi 5G kini menggunakan cip Mediatek Dimensity 6300 sekali gus membezakan ia daripada model terdahulu.

Peranti ini hadir dengan skrin besar 6.9″ HD+ yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia turut menawarkan pilihan memori sehingga 8GB RAM bersama storan 256GB. Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP serta swafoto sebesar 8MP. Melengkapi peranti ini ialah bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 33W di samping sokongan bicu audio 3.5mm dan kalis air IP64.

Buat masa ini, harga jualan Poco C85 5G di Malaysia masih belum diketahui. Namunb bagi yang berminat mendapatkan model 4G, ia ditawarkan pada harga bermula RM439 hingga RM499 di pasaran tempatan.

