Poco Carnival tawar telefon 4G dari RM329, telefon 5G hanya RM479 sempena Ulangtahun ke-5

Digital
21 Aug 2023 • 8:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tahun 2018 merupakan tahun Poco lahir, membawa tema pembunuh flagship dengan laungan “Baik Beli Poco” berkumandang di seluruh alam maya. Tahun ini, Poco meraikan ulangtahun ke-5 dan ingin peminat bersama-sama dalam perayaan ini menerusi sambutan Poco Carnival.

Poco Carnival berlansung di seluruh dunia dan di Malaysia, ia disambut dari sekarang hingga 27 Ogos 2023. Jenama yang disukai ramai belia dan remaja ini menawarkan diskaun besar-besaran untuk pelbagai peranti keluaran mereka.

Tawaran eksklusif sempena ulangtahun ke-5 Poco ini boleh didapati di stor rasmi Poco Di Lazada dan Shopee, sementara stok masih ada. Antara yang menarik dalam tawaran ini adalah Poco C40 hanya RM329, Poco F5 Pro serendah RM1,909 dan telefon 5G termurah, Poco M4 5G RM479.

Semua model yang terlibat dan potongan harga dalam tempoh promosi adalah seperti berikut:

  • Poco X5 (8GB+256GB) – RM1,199 RM899
  • Poco X5 (6GB+128GB) – RM1,099 RM809
  • Poco X5 Pro (8GB+256GB) – RM1,499 RM1,189
  • Poco X5 Pro (6GB+128GB) – RM1,299 RM1,129
  • Poco M5S (8GB+256GB) – RM999 RM619
  • Poco M5 (6GB+128GB) – RM799 RM449
  • Poco F5 Pro (12GB+512GB) – RM2,399 RM2,129
  • Poco F5 Pro (12GB+256GB) – RM2,199 RM1,999
  • Poco F5 Pro (8GB+256GB) – RM2,099 RM1,909
  • Poco F5 (12GB+256GB) – RM1,799 RM1,499
  • Poco F5 (8GB+256GB) – RM1,699 RM1,419
  • Poco C40 (4GB+64GB) – RM599 RM329
  • Poco M4 5G (6GB+128GB) – RM899 RM479

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai berita dan promosi, layari Facebook Poco Malaysia.

Bacaan Berkaitan

View Original Article