Poco F6 Akan Diperkenalkan Dengan Cip Snapdragon 8s Gen 3

TechnologyDigital
14 May 2024 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco akan memperkenalkan satu lagi barisan produk baharu iaitu siri F6 pada 23 Mei mendatang. Ia juga dijangka boleh menampilkan inovasi terkini dalam variasi peranti dalam julat harga mampu milik. Seterusnya mampu meningkatkan pengalaman pengguna ke tahap lebih baik.

Sebanyak dua model akan ditawarkan yang terdiri dengan Poco F6 dan Poco F6 Pro. Peranti juga tampil dengan rekaan berlainan mengikut target pengguna masing-masing. Melaluinya Poco F6 akan mempunyai sokongan dwi-kamera di belakang dengan sensor utama 50MP dengan OIS. Manakala sistem tri-kamera utama pula digunakan pada versi pro dengan saiz sensor 50MP (OIS) yang sama. Gabungan tubuh yang rata bersama sisi melengkung turut digunakan pada kedua-dua peranti.

image is not available

Selain itu, penggunaan pemproses terkini Snapdragon 8s Gen 3 juga sah digunakan pada Poco F6. Namun tiada pula butiran lebih lanjut yang diberikan untuk peranti Poco F6 Pro. Ada yang mengatakan peranti tersebut berpotensi menjadi penjenamaan semula untuk Redmi K70 dan cip Snapdragon 8 Gen 2 mungkin digunakan.