Poco Masih Mengekalkan Palam Pengecas Secara Terbina Untuk Set Malaysia

LocalTechnology
26 Nov 2025 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Poco F8 Pro dan juga Poco F8 Ultra untuk pasaran global, sekaligus membawakan pelbagai spesifikasi terkini dan penawaran menarik bersama-sama dengannya. Ketika pengenalan, salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai adalah adakah Poco masih akan mengekalkan pengecas secara terbina, atau sebaliknya.

image is not available

Menjawab mengenainya, wakil Poco Malaysia mengesahkan set Malaysia akan hadir dengan pengecas secara terbina. Set Eropah tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak. Ini sekaligus membolehkan pengguna tempatan tidak perlu mendapatkan pengecas dari pihak luar untuk menikmati pelbagai perkara, termasuk sokongan pengecasan pantas pada peranti ini.

Di Malaysia, Poco F8 Pro ditawarkan pada harga bermula RM2499, sementara Poco F8 Ultra pada harga bermula RM3199. Kedua-duanya boleh didapati pada harga diskaun untuk waktu terhad.