Podcast HASiL Buka Komunikasi 2 Hala Antara HASil & Orang Awam

2 Mar 2024 • 12:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bagi memastikan pendidikan cukai dapat disebarluas dengan lebih menyeluruh melalui inisiatif Awareness, Education And Services (A.E.S), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menganjurkan podcast sebuah podcast dengan tajuk Podcast HASiL ‘ The Next Episode with Financial Faiz, Dr. Say & Sean Lje’.

Berlangsung sempena Hari HASil ke-28

Difahamkan, podcast berkenaan telah berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya pada 1 Mac 2024 bersempena dengan Hari HASil ke-28.

image is not available

Platform perkongsian maklumat tentang percukaian secara santai

Penganjuran podcast berkenaan merupakan salah satu platform untuk berkongsi maklumat berkenaan percukaian secara santai kepada orang ramai sekali gus memberi inspirasi, motivasi serta melahirkan rasa tanggungjawab kepada pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat memadangkan ia dihadiri hampir 300 peserta yang terdiri daripada Hasilian dan komuniti sekitar Cyberjaya.

Program selama dua jam ini turut membuka ruang kepada komunikasi dua hala antara HASiL dan orang awam dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus membuktikan HASiL sebagai agensi yang terbuka kepada sebarang cadangan, pandangan dan idea untuk kelestarian ekosistem percukaian negara.

Influencer, selebriti jadi panel dalam podcast

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia dari Jabatan Khidmat Korporat, Encik Mohamad Razli bin Mohamad Ali, bertindak sebagai moderator untuk Podcast HASil ini dan dibarisi oleh ahli panel terdiri daripada pempengaruh serta selebriti terkenal tanah air, iaitu Financial Faiz, Dr. Say Shazril dan Sean Lje.

Difahamkan, mereka juga merupakan Rakan Strategik HASiL (RASH) bagi lantikan tahun 2023/ 2024.

image is not available

Turut hadir dalam sesi podcast berkenaan adalah YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), barisan pengurusan kanan HASiL serta jemputan agensi-agensi dari sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

image is not available

Tonton disini:

Podcast tersebut telah dipancarkan secara langsung di platform Youtube HASiL_Malaysia pada 1 Mac 2024.

View Original Article