Pokok Pendatang & Bahayakan Ekosistem Tempatan, Kenali ‘Ikan Bandaraya’ Versi Tumbuhan

Environment
14 Nov 2025 • 10:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pokok Pendatang & Bahayakan Ekosistem Tempatan, Kenali ‘Ikan Bandaraya’ Versi Tumbuhan

Jarang untuk kita lihat lebuhraya dan jalan-jalan di Malaysia tanpa kehadiran tumbuhan dan semak. Tumbuhan-tumbuhan ini sama ada dibiar meliar atau ditanam oleh pihak berkuasa.

Biarpun tumbuhan yang meliar ini nampak berbeza jenisnya dan seperti tidak mendatangkan bahaya, rupa-rupanya ada tumbuhan pendatang yang mampu menjejaskan ekosistem tempatan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan Paya Gambut, yang juga pengasas bersama syarikat penyelidikan, Fast Genomics Solutions Sdn Bhd.

Azamuddeen Nasir atau @AnakUmiSukaHutan, seorang TikToker yang sering berkongsi info dan ilmu bermanfaat tentang alam berkata, pokok yang dimaksudkan adalah pokok akasia.

Dalam satu hantaran video di media sosialnya, beliau sempat berkongsi beberapa batang pokok akasia yang ditemui ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Rompin sebelum ini.

“Sepanjang perjalanan ini kita akan nampak pokok-pokok umpama ikan bandaraya dalam dunia tumbuhan. Kalau tengok keliling saya ni, saya tunjuk. Ada satu jenis pokok sahaja yang ada di sekeliling sini,” kongsinya.

BACA: Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik Pokok Akasia

Acacia mangium jejaskan ekosistem tempatan

Katanya, sifat tumbuhan ini yang ‘menggemari’ api membuatkan kawasan di sekitar berisiko terbakar, dan akhirnya mengakibatkan berlaku kebakaran hutan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Azamuddeen menunjukkan kesan-kesan kebakaran berdekatan tumbuhan tersebut.

“Banyak sebenarnya di sini. Pekan ni, terkenal dengan masalah kebakaran hutan. Antara penyebab utamanya (tumbuhan) inilah,” jelasnya.

Tambahnya lanjut, selain daripada kebakaran yang disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, pokok akasia akan memarakkan lagi api yang dinyalakan.

Menurut rakannya yang turut ada bersama, Akmal, tumbuhan tersebut bersifat mudah terbakar disebabkan kuantiti minyak yang terkandung di dalam kayu dan daunnya.

Menerusi rakaman tersebut, mereka turut menunjukkan cara untuk mengenali tumbuhan pendatang ini.

“Dari susunan daun, akan nampak ada urat yang macam pelik ni. Urat dia seakan pokok kayu manis tapi bukan. Urat utamanya di sebelah sini. Urat dia ke kanan sahaja, tak ada urat ke kiri,” tunjuknya.

Lagi mengejutkan, Azamuddeen turut menunjukkan kawasan sekitar yang luas terbentang itu dipenuhi dengan tumbuhan berkenaan.

“Kalau perasan keliling kita ni semuanya pokok akasia. Tak ada apa yang boleh tumbuh. Pokok yang terbakar ni pun pokok akasia tapi akan tumbuh anak benih baru.

“Boleh nampak di situ. Memang habis dah ekosistem sini,” ujarnya.

@azamuddeennasir

Pokok Ikan Bandaraya! Kalau nampak mesti ditebang! Inilah dia Pokok Aksia (Acacia mangium)! Sejenis tumbuhan pendatang yang hidup untuk membarakan kawasan sekeliling untuk membunuh pesaing-pesaingnya. Spesis ini telah bertapak di Malaysia dan kita boleh nampak ia hidup subur di tepi jalan raya. Disebabkan oleh ketahanan mereka pada api, kebanyakan kawasan-kawasan terbuka akan diambil alih oleh pokok ini dan menjadi satu risiko kebakaran kepada kawasan setempat. Nantikan video seterusnya untuk kita bincangkan apa lagi faktor-faktor yang membuatkan ia tumbuhan pendatang yang sangat efektif. @Science Katak #conservation #biodiversity #invasive #akasia #pokok

View Original Article