Pokok Tumbang: Bapa Maut, Anak Terselamat

25 Feb 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya berusia 13 tahun terselamat selepas kereta dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda, Klang semalam.

Mangsa, Azhehari Ansar tersepit di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia namun anak perempuannya berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

Remaja itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian membabitkan sebatang pokok yang tumbang dan menghempap kereta dinaiki bapa dan anak itu.