Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

13 May 2024 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pokok tumbang ini menimpa sembilan kenderaan - Gambar Nazir Sufari

KUALA LUMPUR - Selepas kejadian polok tumbang yang meragut satu nyawa di ibu negara minggu lalu, satu lagi kejadian sama berlaku petang tadi.

Jurucakap Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 3.50 petang tadi, melibatkan pokok dari spesies Ficus sp (ara).

Menurut beliau, pokok terbabit tumbang di Pocket Park, Jalan Pinang dan menutupi hampir keseluruhan jalan.

“Sebanyak sembilan kenderaan iaitu empat kereta dan lima motosikal terlibat dalam insiden tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, 20 petugas DBKL ditugaskan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pengalihan pokok. 

“Mereka terdiri daripada petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.

“Turut berada di lokasi ialah anggota daripada agensi sahabat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Difahamkan, pokok yang tumban itu juga hampir menimpa kenderaan milik Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Getaran, 13 Mei 2024