Pokok Tumbang, Dinding Konkrit Runtuh, 2 Maut

LocalEnvironment
18 Sep 2024 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua pelancong warga China maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok yang tumbang bersama bongkah konkrit di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan di Lebuh Gereja, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dan wanita dipercayai anaknya yang berusia lingkungan 30-an .

Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebatang pokok besar yang melekat pada bangunan itu tercabut dan tumbang bersama sebahagian konkrit, lalu menimpa tiga kenderaan di lokasi yang menjadi tarikan pelancongan itu.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Bomba Zon Daerah Timur Laut, Muhammad Syafiq Noor Azman, berkata pihaknya berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan lokasi kejadian yang sempit.

"Maklumat awal diterima mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta selepas keluar dari premis terbabit dan pemerhatian mendapati pokok sebesar kira-kira tiga pemeluk itu melekat pada bangunan.

"Jadi pokok itu tumbang dan membawa sekali runtuhan bongkah konkrit lalu menghempap tiga kereta yang diparkir di lokasi kejadian," katanya.