Pokok tumbang halang laluan, MPAJ ambil tindakan pantas

8 Jan 2026 • 12:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 JAN: Laluan di Jalan Ukay 1B, Prima Ukay, Saujana Melawati kembali selamat dilalui selepas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertindak pantas membersihkan pokok tumbang yang membahayakan pengguna awal pagi tadi.

MPAJ memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan segera menggerakkan pasukan Jabatan Penguatkuasaan ke lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok tumbang.

Menurutnya, tindakan segera itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk setempat dan pengguna jalan raya tidak terjejas.

“Tindakan pantas ini diambil bagi mengurangkan risiko kepada orang awam, melancarkan pergerakan di kawasan terlibat serta meminimumkan gangguan kepada komuniti setempat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut MPAJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan terus komited untuk bertindak segera dalam menangani sebarang situasi kecemasan demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.

"Orang awam yang mempunyai aduan atau berdepan kecemasan diminta menyalurkan maklumat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ atau menghubungi talian 03-4285 7333," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved