Pokok tumbang: Warga Sweden masih dirawat, lelaki dibenar keluar hospital

8 May 2024 • 4:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang daripada dua individu yang cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini semalam dibenarkan keluar hospital pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Naazron Abd Yusof berkata lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu e-hailing dibenarkan keluar 6 pagi manakala penumpangnya iaitu wanita warga Sweden berumur 72 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu kekal dua orang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata setakat ini, polis menerima 18 laporan berhubung kerosakan kenderaan akibat kejadian yang dipercayai berlaku pada 2.19 petang ketika hujan lebat dan angin kuat.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang pemandu peribadi Md Rizal Atan, 47, maut selain menyebabkan gangguan perkhidmatan monorel selepas dahan pokok yang berusia lebih 50 tahun itu turut menimpa landasan pengangkutan awam itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved