Poligami : Tuntut suami berlaku adil

27 Sep 2026 • 1:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Tuntut suami berlaku adil

SOALAN
Bolehkah saya sebagai isteri seorang lelaki berpoligami menuntut giliran bermalam atau masa bersama keluarga supaya lebih adil?

Syah
Isteri poligami

Jawapan
Dibolehkan menuntut keadilan dalam pembahagian masa atau giliran antara isteri-isteri kerana sabit atas perkahwinan. Berbincanglah secara baik dengan suami puan.

Tolak jemputan kenduri

SOALAN
Adakah kita dibolehkan menolak jemputan kenduri seseorang yang kita waswas sumber pendapatannya?

Kasim
Bentong

Jawapan
Sekiranya terdapat keraguan di dalam sumber pendapatan dibolehkan untuk tidak hadir. Namun tolaklah dengan cara yang baik agar tidak timbul rasa kecil hati pihak yang menjemput.

Soal jamak dan qasar

SOALAN
Saya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi selalu bekerja outstation ke Kluang, Johor iaitu kampung halaman saya. Adakah saya boleh qasar dan jamak solat atau salah satu sahaja, yang mana yang dibenarkan hukum bekerja luar negeri lebih dari tiga hari?

Anak jati
Johor

Jawapan
Sekiranya berlaku safar (musafir) lebih daripada dua marhalah dibolehkan jamak dan qasar kerana terdapat sebab yang membolehkan manakala jamak dibolehkan tiga hari tidak melibatkan hari sampai dan balik.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada soaljawabutusan@mediamulia.com.my. –UTUSAN

The post Poligami : Tuntut suami berlaku adil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved