Polis Ajak Wanita ‘Check In’ Tampil Mohon Maaf Selepas Caprice Aturkan Pertemuan [Video]

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular video di media sosial mengenai perbualan seorang anggota polis yang sedang bertugas mengajak seorang wanita untuk meluangkan masa bersamanya di rumah.

Dakwa wanita itu, anggota berkenaan turut memberi cadangan untuk bertemu di lokasi lain termasuklah kediaman atau mendaftar masuk (check in) di hotel.

Video itu kemudiannya menjadi tular sehingga meraih perhatian orang ramai termasuklah pihak polis yang meminta wanita terbabit tampil untuk membuat laporan polis.

Malah pihak polis juga memaklumkan anggota berkenaan juga telah dikenal pasti dan dikeluarkan dari penugasan sedia ada. Bukan hanya itu siasatan selari tatatertib juga dijalankan terhadap polis berkenaan.

Anggota polis ajak wanita check in tampil minta maaf

Terbaharu, anggota polis itu telah tampil memohon maaf kepada wanita berkenaan atas tindakannya menerusi satu perjumpaan.

Wanita dan anggota polis itu telah dipertemukan dala satu perjumpaan yang diadakan oleh penyanyi rap dan aktivis, Caprice.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Caprice, awalnya penyanyi itu telah bertanya kepada wanita tersebut apakah yang dimahukannya

Wanita mahu anggota polis mohon maaf padanya

Wanita itu lalu menjawab dia mahu anggota itu memohon maaf kerana merasakan tindakan anggota berkenaan memperlakukannya seolah-olah tidak mempunyai maruah.

Caprice lalu memaklumkan sekiranya anggota itu memohon maaf adakah perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik? Wanita itu lalu menjawab ia mungkin dapat diselesaikan.

Siap mohon maaf dengan nenek atau ibu wanita berkenaan

Tidak lama kemudian kelihatan anggota tersebut tampil dan duduk di sebelah wanita tersebut.

Dalam video itu dapat dilihat anggota polis itu juga ada bercakap dengan ahli keluarga wanita berkenaan menerusi satu panggilan video.

“Alhamdulillah selesai antara adik kita ni dengan seorang anggota polis, siap buat permohonan maaf kepada ibu atau nenek. Terima kasih kepada semua pihak. Maaf korang Cap (Caprice) lambat sikit untuk kes ni.

“Ramai mesej Cap cuma kita ambil masa sikit nak cari perempuan dan polis tersebut. Selesai,” ujar Caprice di ruang kapsyen.

Namun penyanyi itu memaklumkan sebarang tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap anggota itu adalah urusan pihak berkenaan.

Ini kerana dia hanya dapat membantu untuk mempertemukan kedua-dua pihak itu secara bersemuka sahaja.

Ramai lega polis mohon maaf pada wanita

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa lega kerana masalah di antara dua individu itu dapat diselesaikan dengan baik.

Malah ada juga yang menzahirkan rasa ‘respect’ pada wanita itu. Tegas mereka mana-mana pihak tidak seharusnya memperlakukan wanita itu dengan cara yang tidak sopan hanya berdasarkan penampilannya.

Ramai juga yang berharap agar insiden yang berlaku itu akan menjadi pengajaran buat anggota polis berkenaan untuk sentiasa berintegriti dan amanah dalam menjaga rakyat.

“Pengakhiran yang memuaskan. Jangan ingat perempuan tu warna rambut macam tu, freehair, mereka tak ada maruah. Tapi bagus perempuan ni tak minta banyak dan polis tu pun sudi bagi kerjasama..”

image is not available

“Tindakan tatatertib atau undang-undang untuk polis tu tak ada ke?”

image is not available

“Terbaik Cap. Semoga ini jadi pengajaran untuk abang polis dan semua polis. Semoga lepas ni semua polis lebih berintegriti dan amanah untuk rakyat Malaysia”

image is not available

“Alhamdulillah, Cap banyak membantu kes-kes. Semoga dipermudahkan urusan dirahmati oleh Allah SWT dan sihat sejahtera selalu..”

image is not available

“Akhirnya pengakhiran yang baik. Wanita itu dapat juga keadilan dan lelaki itu harapnya dia insaf. Tak salah gunakan kuasa dia dah, kerana sejujurnya dia sepatutnya melindungi…”

image is not available