Polis: Bah Terengganu rekod lebih RM38 juta kerugian

11 Jan 2023 • 11:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA TERENGGANU, 11 JAN: Polis Terengganu menganggarkan kerugian lebih RM38.2 juta akibat banjir baru-baru ini berdasarkan 6,923 laporan yang diterima setakat Isnin lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata bilangan laporan tertinggi diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut iaitu sebanyak 2,471, diikuti IPD Hulu Terengganu (732), IPD Kemaman (871) dan IPD Dungun (498).

“IPD Setiu pula merekodkan 454 laporan manakala Marang sebanyak 220 laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Rohaimi berkata jumlah kerugian sebenar dianggarkan melebihi daripada jumlah berkenaan berikutan ramai mangsa banjir yang membuat laporan tidak menyatakan jumlah kerugian secara tepat.

Dalam pada itu beliau berkata seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu terjejas akibat bencana itu yang berlaku Disember lepas.

“Kerugian dalam kalangan anggota dan pegawai dianggarkan sekitar RM1 juta, bagaimanapun bantuan sudah diagihkan menerusi ketua polis daerah masing-masing,” katanya.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved