Polis belum terima laporan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini

7 Aug 2024 • 3:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

PETALING JAYA, 7 OGOS: Polis masih belum menerima laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat tentang punca kematian bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hingga kini, pihaknya masih menunggu Hospital Sungai Buloh untuk mengeluarkan laporan lengkap tentang perkara itu.

“Kita belum terima (laporan bedah siasat) daripada pihak hospital,” katanya ringkas pada sidang media pelupusan barangan kes di Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini, ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes berkenaan.

Nur Farah Kartini, 25, sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang, lima hari selepas itu.

Pada 26 Julai, suspek kes berkenaan iaitu seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Slim River, Perak Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved