Polis belum terima notis himpunan Protes Mana Kapal LCS?

LocalPolitics
11 Aug 2022 • 4:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azmi

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan berhubung isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan himpunan tersebut, namun polis tidak terima notis dari mana-mana pihak berhubung penganjurannya setakat ini. "Sehubungan itu, kita menasihati mana-mana pihak atau orang ramai patuhi peraturan dan undang-undang," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Pada Khamis, Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataan berkata, protes yang berlangsung pada jam 2 petang itu akan mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan. Menurut kenyataan itu, antara tuntutan yang dibuat ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein harus mengambil tanggungjawab penuh dalam skandal itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved