Polis Beri Amaran Keras, Jangan Ikut Laluan Haram Untuk Ke Thailand!

LocalTravel
16 Sep 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jangan ikut laluan haram jika mahu ke Thailand!

Itu kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat . Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan haram untuk ke Thailand meskipun berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor serta Bukit Bunga.

"Kita tahu suasana di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor sesak dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia, khususnya dari Kelantan, yang mengambil peluang cuti panjang untuk bercuti dan membeli-belah di negara jiran.

image is not available

"Namun, mereka perlu akur dengan undang-undang… jika tertangkap, mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000," katanya.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang bercuti ke Thailand supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri selain mematuhi undang-undang negara berkenaan.

Mohd Yusoff juga berkata Polis Kelantan sentiasa memantau pintu sempadan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan rakyat namun sikap berhati-hati perlu datang daripada orang ramai sendiri.

Musim cuti panjang sempena Hari Malaysia menyaksikan lonjakan pelancong ke Thailand yang dibuktikan oleh jumlah kenderaan beratur panjang di ICQS sejak kelmarin.