Polis Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM68,146 Dalam Tiga Serbuan Di Sibu

29 Mar 2025 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan

Polis Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM68,146 Dalam Tiga Serbuan Di Sibu. Dilaporkan, Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM68,146 dalam tiga serbuan berasingan di Jalan Tong Sang, Jalan Merdeka dan Jalan Langsat pada malam Khamis lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, operasi yang dijalankan antara 10.15 malam hingga 11 malam itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

image is not available
Polis Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM68,146 Dalam Tiga Serbuan Di Sibu. Sumber gambar: Utusan Borneo

Pelbagai jenis dadah ditemui

“Hasil pemeriksaan, polis menemui dan merampas beberapa jenis dadah iaitu serbuk campuran ekstasi dan pil ekstasi seberat 40,006 gram dengan nilai pasaran RM45,006, ketamin seberat 49.9 gram bernilai RM9,980, serta Erimin 5 sebanyak 658 biji seberat 187.3 gram bernilai RM13,160,” katanya dalam kenyataan media.

Selain dadah, polis turut menyita sebuah Perodua Kancil dan motosikal Yamaha Y100 dengan nilai anggaran RM7,000.

image is not available
Sumber gambar: Berita Harian

Ujian air kencing ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif

Bagaimanapun, ujian air kencing ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif, dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti jaringan pengedaran dadah yang terlibat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: