Polis : Berkongsi Maklumat Sekatan Jalan Raya Pada Aplikasi Waze Boleh Ganggu Penguatkuasaan

TechnologyDigital
29 Jan 2023 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ketua Polis Kuala Lumpur kini menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat berkaitan dengan sekatan jalan raya (SJR) atau sebarang kehadiran polis melalui aplikasi navigasi popular, Waze.

Polis mengatakan perbuatan tersebut mungkin boleh menganggu penguatkuasaan terhadap golongan pemandu ingkar yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

image is not available

Walaupun langkah perkongsian ini memberi manfaat kepada pemandu, namun pada masa yang sama ia dikatakan menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu ingkar – terutamanya mereka yang memandu dibawah pengaruh alkohol atau kesalahan trafik lain.

Pihak polis berharap orang ramai dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa daripada membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini.