Polis bongkar 2 ladang ganja di Sumatera Utara

26 Dec 2022 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JAKARTA: Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan polis Mandailing Natal membongkar 11 hektar ladang ganja di dua lokasi di Sumatera Utara hasil penahanan lima suspek, termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.

Siasatan Narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang itu yang masing-masing berkeluasan 8ha dan 3ha terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.

Pengarahnya, Mukti Juharsa berkata, tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan yang dianggarkan dapat menghasilkan 55 tan ganja.

Bagaimanapun, katanya, semua ganja itu sudah dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang semasa operasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.