Polis bongkar makmal dadah sekitar Lembah Klang, rampas dadah bernilai RM1.53 bilion

LocalPolitics
20 Dec 2025 • 12:53 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkar makmal dadah dan berjaya merampas dadah jenis ketamin, kokain dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai kira-kira RM1.53 bilion menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, berdasarkan maklumat risikan, polis melancarkan beberapa siri serbuan pada 16 Disember lalu dan serbuan pertama dijalankan di sekitar Cheras.

Dalam serbuan itu, kata Hussein, tiga wanita warga negara asing dan tiga lelaki warga tempatan ditahan dan siasatan lanjut di sebuah rumah membawa kepada rampasan enam botol cecair yang disyaki mengandungi MDMA, dengan anggaran berat 3kg.

“Serbuan kedua dijalankan di Taman Taynton View menyaksikan rampasan serbuk putih yang disyaki kokain seberat kira-kira 738kg, cecair yang disyaki kokain kira-kira 3,303 kg, serta pelbagai peralatan memproses dadah.

‘Seterusnya, serbuan ketiga dijalankan di sebuah premis di perindustrian Sungai Chua, Kajang, dan berjaya merampas serbuk putih yang disyaki ketamin dengan anggaran berat 3,024kg, cecair disyaki ketamin kira-kira 10,067kg bersama peralatan memproses dadah tambahan.

“Serbuan keempat dijalankan di premis di sekitar kawasan Taman Industri Mega, Bandar Teknologi Kajang dan berjaya merampas 28 guni putih mengandungi 1.400 pek plstik kuning berisu serbuk putih disyaki ketamin

"Serbuan seterusnya di premis di Taman Industri Mega, Bandar Teknologi, Kajang, Selangor, membawa kepada rampasan 28 guni putih yang mengandungi 1,400 pek plastik kuning berisi serbuk putih yang disyaki ketamin, dengan anggaran berat 1,402kg serta pelbagai peralatan memproses dadah,’’ katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Hussein memberitahu, nilai pasaran dadah itu dianggarkan berjumlah RM1.53 bilion dengan suspek pertama berperanan sebagai ketua penjaga stor dan pembantu ‘ahli kimia’ manakala suspek keempat dan suspek keenam merupakan orang kepercayaan suspek pertama.

“Dia berperanan menguruskan rumah kediaman dan permis perniagaan yang dijadikan sebagai makmal haram memproses dadah serta stor penyimpanan dadah,’’ katanya.

Tegasnya, jumlah dadah yang dirampas ini mampu merosakkan seramai 68.5 juta orang dan mereka menggunakannya modus operandi dengan menjadikan rumah kediaman dan permis perniagaan sebagai makmal memproses dadah.

“Dadah ini dipercayai untuk pasaran antarabangsa dan sindiket ini dipercayai aktif sejak April.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta DadaH Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali.

“Ujian saringan awal air kencing didapati suspek pertama positif untuk dadah jenis ketamin, suspek keempat dan keenam positif dadah jenis metafetamin dan ketamin,’’ katanya.

Menurutnya, semua suspek direman tujuh hari bermula 17 hingga 23 Disember bagi membantu siasatan, manakala ujian saringan awal mendapati beberapa suspek positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.

Selain rampasan dadah, polis turut menyita lima kenderaan termasuk kereta, forklift dan sebuah lori dengan nilai sitaan berjumlah RM389,000 bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Kejayaan ini hasil risikan berterusan JSJN serta kerjasama orang awam. PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang terlibat pengedaran dadah, memiliki, atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,’’ katanya. - 20 Disember, 2025

The post Polis bongkar makmal dadah sekitar Lembah Klang, rampas dadah bernilai RM1.53 bilion appeared first on Scoop.