Polis Buka Kertas Siasatan Video Dakwa Anggota Lakukan Peras Ugut

3 Apr 2023 • 11:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Buka Kertas Siasatan Video Dakwa Anggota Lakukan Peras Ugut

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video di aplikasi sosial semalam yang mendakwa seorang anggota polis memeras ugut individu di Bulatan Dato Onn di sini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti individu dan anggota polis terlibat dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yahaya, siasatan awal pihak polis mendapati individu yang dirakam telah mendakwa diperas ugut oleh anggota polis berkenaan kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 48 saat di aplikasi TikTok semalam memaparkan seorang anggota polis lengkap beruniform melakukan pemeriksaan terhadap individu berlatar belakangkan Memorial Tunku Abdul Rahman di Bulatan Dato Onn.

Polis buru suspek samun 70 iPhone, tetak pengawal keselamatan

image is not available
Kredit: BERNAMA

Terdahulu, media melaporkan polis Hilir Perak memburu suspek yang melarikan kira-kira 70 unit telefon pintar iPhone bernilai hampir RM300,000 dalam kejadian samun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada 2 pagi itu, seorang pengawal keselamatan di kompleks perniagaan tersebut cedera ditetak dengan kapak oleh suspek dan diikat di dalam tandas, sebelum suspek memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi dan melarikan telefon bimbit di rak pameran.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan dan pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek,” katanya.

Sumber: BERNAMA