Polis buru dua suspek cuba rompak kedai emas di Machang

12 Apr 2024 • 6:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MACHANG: Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2.20 petang selepas kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tiada nombor pendaftaran.

“Cubaan rompak bersenjata api itu melibatkan dua lelaki yang berpakaian serba hitam, berseluar jean, memakai topi dan pelitup muka serta bersarung tangan.

“Semasa kejadian terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek tetapi gagal apabila mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat empat orang berada dalam premis tersebut iaitu pemilik kedai dan dua ahli keluarganya serta dua pekerja, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan selain tiada kerugian dialami.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan,“ katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved