Polis buru enam lelaki terbabit samun bersenjata di pusat snuker Kapar

31 Jul 2025 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 JULAI: Polis sedang mengesan enam lelaki tempatan kerana terbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah pusat snuker di Kapar, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao, berkata dalam kejadian sekitar 7 malam itu, suspek yang bersenjatakan parang telah berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM823.

“Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiga daripada suspek telah memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok yang menunjukkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki pusat snuker itu serta bertindak menggugut penjaga kaunter untuk menyerahkan wang.

Semasa kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang bermain snuker di premis berkenaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved