Polis Buru Geng Samun Larikan Milo, Wang Tunai Dan Barang Kemas Lebih RM20K Di Stampin

11 May 2023 • 10:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 4 pagi

Polis Buru Geng Samun Larikan Milo, Wang Tunai Dan Barang Kemas Lebih RM20K Di Stampin. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang memburu tiga suspek kes samun sebuah rumah di Jalan Stampin Tengah, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Merbin Lisa berkata ketiga-tiga suspek merupakan lelaki yang telah melarikan wang tunai serta barang kemas dengan anggaran kerugian adalah RM20,000.

image is not available
Polis Buru Geng Samun Larikan Milo, Wang Tunai Dan Barang Kemas Lebih RM20K Di Stampin. Kredit: IPD Kuching

Laporan polis telah pun dibuat

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kejadian samun pada 10 Mei, jam lebih kurang 8.30 pagi di sebuah rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching.

image is not available
Kredit foto: Borneo Network

“Pihak IPD Kuching dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini juga boleh menyalurkannya ke IPD Kuching atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Polis kini giat buru saspek

image is not available

Kejadian samun tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 3.30 pagi hari Rabu (10 Mei), yang mana suspek seramai tiga orang telah memecah masuk rumah tersebut melalui pintu belakang.

Difahamkan suspek bertopeng dan bersenjatakan pisau telah mengikat keempat-empat penghuni rumah tersebut sebelum mengeledah rumah berkenaan.

Dua daripada saspek telah menggeledah rumah mangsa. Antara barang barang dicuri ialah wang tunai dan matawang asing.

Perompak itu turut melarikan makanan dan milo mereka.

Baca lagi artikel menarik: