Polis buru individu terlibat pergaduhan di atas jalan raya

29 Jul 2023 • 11:48 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis sedang memburu individu terlibat dalam kes pergaduhan di atas jalan raya membabitkan sekumpulan lelaki di Tanjung Rambutan di sini, yang videonya tular menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang 27 Julai lepas, di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun melibatkan lima lelaki warga tempatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan menggunakan senjata).

“Kini, pihak polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan mengesan individu yang terlibat dalam kes ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ASP Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, seorang lelaki dilihat dipukul di atas jalan raya oleh tiga lelaki bertopi keledar selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Turut diguna senjata iaitu kayu rotan dalam pergaduhan berkenaan. -Bernama