Polis buru kumpulan warga asing samun bersenjata di Sepang

LocalPolitics
22 Oct 2024 • 8:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEPANG, 22 OKT: Polis sedang mengesan sekumpulan warga asing dipercayai melakukan samun bersenjata di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi pada 6 dan 20 Okt lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian berasingan itu, mangsa serta ahli keluarga telah diikat selepas rumah mereka dipecah masuk masing-masing pada 6 Okt 3.30 pagi dan 1.30 pagi 20 Okt, sebelum barangan peribadi dilarikan termasuk wang tunai, barang kemas dan jam tangan.

“Suspek dipercayai warganegara asing yang bergerak secara kumpulan tiga hingga empat orang melakukan samun menggunakan senjata parang, mengenakan baju berwarna gelap dan bertopeng.

“Suspek juga menyasarkan rumah yang berhampiran dengan kawasan hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan Gopal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Insp Thaqib Zulkafli di talian 013-2185758 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved