Polis buru lelaki conteng tembok masjid, persenda nabi

8 Mar 2023 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Difaham tulisan itu telah dipadamkan dan dinding itu telah dicat semula oleh pihak

SUNGAI PETANI - Polis memburu seorang lelaki yang menconteng tembok pagar Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok, dekat sini dengan tulisan mempersendakan nabi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku pada pagi Selasa telah diterima oleh pihaknya.

Menurutnya, usaha menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap insiden itu digerakkan selepas meneliti video disertakan oleh individu yang membuat laporan.

"Dalam clip video tersebut, lelaki itu menconteng perkataan di bahagian tembok belakang masjid itu. Namun tulisan itu telah dipadamkan dan dinding itu telah dicat semula.

“Polis mohon orang awam supaya tidak membuat andaian dan perlu menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki menconteng tembok pagar masjid sebelum meninggalkan lokasi selepas perbuatannya ditegur oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ujar Zaidy lagi, orang ramai perlu menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan bagi mengetahui motif individu tersebut berbuat demikian.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved