Polis buru lelaki tampar bekas kekasih dalam kereta

18 Oct 2023 • 6:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai menampar seorang gadis di dalam sebuah kereta di Gombak, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang dan klip video berdurasi 22 saat itu telah tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun, berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Sehubungan itu, Noor Ariffin menegaskan, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. - 18 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved