Polis buru Mat Long, Mat Amin bantu siasatan kes samun kedai emas

13 Nov 2026 • 3:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis buru Mat Long, Mat Amin bantu siasatan kes samun kedai emas

KUALA NERUS: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata parang di sebuah kedai emas di Batu Enam, Gong Badak, di sini, semalam.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohammad Amin Ridhuan Ismail, 36, yang turut menggunakan nama panggilan Dik Min atau Mat Amin manakala suspek kedua, Muhammad Hafizul Affendi Abdul Fattah, 27, yang dikenali sebagai Mat Long.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Suffian Sulai­man berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai lelaki berbangsa Melayu.

Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian samun itu berlaku dalam tempoh kira-kira 13 saat.

“Hasil tindakan pantas pihak polis, kenderaan yang digunakan suspek berjaya ditemukan di Kampung Pak Yuyu, Mengabang Telipot, kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan forensik oleh Bahagian Siasatan Forensik (D10), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu ke atas kenderaan tersebut turut menemukan kesan cap jari positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi semalam, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar dan menutup muka memasuki kedai emas Permata Al-Idrus di Bangunan SEDC 15 sebelum seorang daripada mereka mengacukan sebilah parang ke arah pekerja.

Suspek kemudian mengambil tiga dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih bernombor pendaftaran DEU 8596.

Suffian berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

The post Polis buru Mat Long, Mat Amin bantu siasatan kes samun kedai emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved