Polis buru sami warga asing berkaitan kes rogol

23 Sep 2023 • 10:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SERDANG - Seorang sami warga asing diburu dipercayai merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Izuddin Ab Wahab berkata, laporan dibuat wanita berumur 30-an itu mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kenderaan milik mangsa.

"Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada mangsa sekitar Ogos lalu mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek yang berumur 50-an itu.

"Mangsa telah dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi-saksi terlibat untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek terlibat dalam kejadian itu telah dikenal pasti dan usaha memburu sedang dijalankan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved