Polis Buru Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Kediaman Ngeh

10 Jan 2024 • 12:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Buru Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Kediaman Ngeh

IPOH, 10 Jan (Bernama) — Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke rumah Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar dekat sini awal pagi tadi, sehingga menyebabkan sebuah kenderaan terbakar.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis Manjung telah menerima panggilan dari Ngeh sendiri yang memaklumkan insiden itu pada pukul 2.55 pagi tadi.

Katanya kejadian itu menyebabkan sebuah kereta Mercedes Benz terbakar, manakala sebuah kereta Honda CR-V terjejas sedikit pada bahagian belakang serta kanannya akibat bahang kebakaran, dan sebuah Toyota Hilux turut terjejas pada bahagian hadapannya.

Dalam kenyataan di sini pagi ini beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Mohd Yusri seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam kenyataan hari ini berkata DAP meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu, di samping perlu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Sumber: Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved