Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT

26 May 2024 • 6:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular memaparkan insiden kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kejadian kekecohan itu dikesan dalam satu klip video berdurasi empat minit 42 saat di aplikasi YouTube yang dimuat naik pemilik akaun 'Fr7 Reborn'.

"Hasil semakan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar daripada stadium telah bertindak membaling objek dan mercun di luar stadium.

"Kita juga telah menerima satu laporan berhubung kejadian pecah cermin kereta daripada seorang lelaki, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ravindar Singh, berkata usaha mengesan semua suspek terlibat sedang giat dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

"Sekiranya mempunyai maklumat berhubung suspek dan kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kejadian kekecohan itu dikesan dalam satu klip video berdurasi empat minit 42 saat di aplikasi YouTube yang dimuat naik pemilik akaun 'Fr7 Reborn'. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #JDT #KLCity

original sound - Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved