Polis buru suspek curi barang kemas di Tawau

22 Jun 2023 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Sebuah kedai emas di Jalan Dunlop mengalami kerugian RM8,500 apabila dua utas rantai emas dan satu loket emas dilarikan seorang lelaki dalam kejadian sekitar jam 12.19 tengah hari, pada Rabu.

Timbalan ketua polis daerah Tawau, Supt Champin Piuh berkata, polis kini sedang memburu suspek dipercayai berusia 30an itu yang aksi jenayahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Menurutnya, pemilik kedai, 68, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas dimaklumkan isterinya bahawa barangan kemas di kedai mereka dicuri seorang lelaki tidak dikenali.

“Siasatan mendapati kedai emas tersebut didatangi seorang lelaki (suspek) yang mengenakan pelitup muka sekitar tengah hari.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Suspek meminta untuk melihat rantai emas dan loket dan bertanya cara pembayaran,” tambahnya.

Champin berkata, selepas diberitahu bahawa kedai itu hanya menerima pembayaran tunai atau pindahan wang secara atas talian sahaja suspek dikatakan mahu melihat seutas lagi rantai leher.

Pekerja pengadu mengambil barangan tersebut dan diberikan kepada suspek.

“Dalam masa yang sama suspek tidak memulangkan rantai emas dan loket di tangannya sebelum ini dan bertindak melarikan diri selepas diberikan seutas lagi rantai leher,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.