Polis buru suspek edar dadah larikan diri, rampas Syabu RM130K di Beluran

18 Jun 2024 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

BELURAN: Polis sedang memburu seorang suspek kes dadah yang melarikan diri dan merampas dadah dipercayai Syabu dianggar seberat 4.072 kg bernilai RM130,304 ketika membuat sekatan jalan raya di Sapi Nangoh, di sini, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Hasan Majid, berkata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan sebuah Proton Saga kelabu bernombor pendaftaran SYR7763 yang dinaiki oleh dua orang lelaki iaitu pemandu dan penumpang hadapan.

Semasa pemeriksaan disaksikan oleh suspek penumpang, anggota PGA bertugas itu telah melihat satu plastik warna hitam di tempat simpanan tayar, tetapi, setelah plastik tersebut diambil, tiba-tiba pemandu kereta yang berada di dalam kereta memecut melarikan diri.

Suspek lari bernama Justin Vau Langat, 27, beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak, dan sedang giat diburu.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad di nombor 0199810144 atau ibupejabat polis Beluran di talian 089511222 atau mana-mana balai polis yang terdekat.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.