
Tuaran: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan untuk membantu dalam siasatan kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal berhampiran stesen minyak di Jalan Berungis-Tenghilan pada jam 1.10 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superitendan Noraidin Ag Maidin mengenal pasti suspek itu sebagai Ameer Islam (gambar), seorang kenalan kepada seorang individu yang ditahan lebih awal untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, identiti lelaki itu yang beralamat di Penempatan Telipok, diperolehi daripada rakannya yang menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1, di mana dia ditahan kira-kira jam 11 pagi Selasa.
“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jalan raya itu pada jam 1.10 pagi Selasa.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang menyebabkan penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Proton Wira itu dengan dua individu di dalamnya memecut pergi. Bagaimanapun, salah seorangnya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.
Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat keberadaan Ameer untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran pada talian 011-61600964 atau balai polis terdekat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


