Polis Buru Suspek Pecah Cermin Enam Kereta Di LRT Awan Besar

5 Jul 2024 • 2:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesan individu yang terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan cermin enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil dalam kejadian Isnin lalu.

image is not available

Foto: Facebook IPD Petaling Jaya

Menurut satu laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya telah menerima sebanyak enam laporan berhubung insiden berkenaan.

“Hasil semakan mendapati kesemua enam kereta ini diparkir oleh pemilik kenderaan pada 1 Julai lalu bermula pukul 3 petang di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil.

image is not available

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

“Beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden berkenaan dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

image is not available

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan beberapa kereta dipercayai telah dipecah masuk yang berlaku di Stesen LRT Awan Besar, Bukit Jalil.

Sumber: Kosmo! Online (Harrith Hisyam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved